Friday, May 27, 2011

gadis rupawan yang redha....

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

td wak2 aq mengemas bilik n buang2 baju2 yg x pakai n brg2 yg x pakai, aq terjumpa satu kad raya dr kwnku ketika di matrix ag....aq beri dy kad raya n then dy balas....dlm kad raya yg dy bg kt aq 2, terdpt satu cerita yg ingin aq kongsikan d cnie....

beginilah ceritanya....

Pada suatu hari, Rasullullah s.a.w. pergi ke rumah seorang Ansar yg mempunyai seorang anak gadis. Beliau pun bertanya kepada bapa si gadis :"Mahukah anak gadis mu berkahwin?"
Bapa si gadis pun menjawab dengan gembira :"Semoga Allah memberkatiku dgn berita gembira ini, ya Rasullullah!"
Berkata Rasulullah s.a.w. :Bukan untuk ku kahwini tetapi Julaybib."

Dengan perasaan terkejut, bapa si gadis meminta izin untuk berbincang dgn isterinya. Bapa si gadis pun mengkhabarkan isterinya akan niat Rasulullah tersebut.
"Tidak..sekali kali tidak..mana mungkin kita kahwinkan anak gadis kita dgn Julaybib!"
Tempelak ibu si gadis tanda tidak bersetuju.

Anak gadis mereka yg mendengar dr dlm bilik keluar bertanya :"Siapa yg ingin mengahwini ku, wahai ibu?"
Dgn perasaan tidak gembira si ibu menjawab :"Julaybib, anak ku..."
Dgn taat dan redha si gadis menjawab :"Jika benar itu permintaan Rasulullah, kahwinkan saja aku dgnnya kerana aku yakin beliau dipilih oleh Rasulullah yg mulia."
Maka perkahwinan Julaybib yg katik lagi hodoh tetapi berperibadi mulia dgn gadis solehah lagi rupawan itu pun berlangsung direstui Rasulullah.

Julaybib bererti jubah kecil mencerminkan empunya diri nama. Rasulullah sayangkan Julaybib dan berasa amat sedih apabila Julaybib gugur semasa berperang bersama baginda. Rasulullah memangku Julaybib yg syahid di lengannya seraya berkata :"Julaybib adalah sebahagian dari ku dan aku darinya."

begitulah ceritanya....ringkas tetapi penuh dgn mcg2 tertentu....PERIBADI seseorang adalah perkara PERTAMA yg harus dilihat n dinilai bukanlah pd paras rupa seseorang itu....KECANTIKAN seseorang akan HILANG apabila tiba masanya kelak tetapi agama n peribadi akan KEKAL dlm diri seseorang itu selagi DIAMALKANNYA....

sekian saja coretanku utuk arinie....semoga kte sume sntiasa mendapat rahmat dr Allah s.w.t....amin ya rabbal alamin....

wassalam....