Friday, April 27, 2012

APA YANG DICARI WANITA DALAM HIDUPNYA?

assalamualaikum....

setelah berbulan2 lamenya fie x update my blog sbb xde idea nk tulis...hehehe....but today alhamdulillah,i've found something utk dikongsi bersama rakan2 blogger sume....buku nie da lame fie beli tp x berkesempatan nk mengamatinya secara mendalam....cehhh,hehehe.....buku yg fie mksudkan ialah "Lelaki Idaman Wanita" tulisan Noralina Omar terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. beberapa hari lepas fie ade juga share sedikit tntg isi kandungan buku ini di FB....tp kali nie fie nk kongsi tntg isi kandungan yg lain plak....fie harap rakan2 blogger sume dpt sesuatu yg bermanfaat dprd perkongsian ini....insyaAllah

salah satu bab dlm buku ini ialah tentang APA YANG DICARI WANITA DALAM HIDUPNYA? tajuk bab ini menarik perhatian fie kerana fie pown seorang wanita....setiap makhluk Allah atas muka bumi ini pasti ade sesuatu yg dicarinya begitu juga dgn wanita....mari kita lihat dan teliti apa yg dicari oleh seorang makhluk Allah yg bergelar wanita dlm hidupnya....:)

1. KEBAHAGIAAN

wanita sememangnya mencari kebahagiaan dlm hidupnya....bahagia dlm hidup lbh bermakna berbanding dgn pangkat yg tinggi mahupun harta yg banyak....wanita mahu bahagia dlm kerjaya, bahagia dlm menjalin persahabatan,bahagia dlm rumah tangga dan bahagia dlm apa sahaja perkara yg dilakukan....

wanita juga lebih tertarik kpd lelaki yg mereka fikir mampu memberi kebahagiaan kpd mereka....tanpa mengira pangkat dan rupa paras serta harta yg dimiliki, wanita yakin kpd lelaki yg mampu memberi kebahagiaan dlm hidup mereka.....wanita yakin bahawa sekiranya mereka hidup bahagia, mereka berupaya mencari kebahagiaan lain di dunia termasuk pangkat dan harta....sebaliknya,pangkat dan harta tidak memberi sebarang makna jika mereka tidak hidup dgn bahagia....

2. KASIH SAYANG

wanita juga memerlukan kasih sayang dlm kehidupannya....sesungguhnya wanita, malah semua manusia memerlukan kasih sayang dlm hidupnya....wanita ingin disayangi dan juga ingin menyayangi seseorang....kasih sayang membuatkan hidup seseorang lbh bererti dan nikmat....sekiranya lelaki faham akan keperluan tersebut, lelaki berupaya memikat wanita dgn lbh berjaya....

3. KEPERCAYAAN

kepercayaan penting dlm kehidupan wanita....kepercayaan memebuatkan wanita berasa selamat, terjamin dan dilindungi....oleh yg demikian, wanita akan tertarik kpd lelaki yg boleh membuatkan mereka berasa percaya....lelaki yg berjaya meningkatkan rasa percaya wanita terhadapanya merupakan lelaki yg mudah mendapat tempat di hati wanita....

4. RASA HORMAT

walaupu wanita itu seorang yg "lemah", wanita tetap mempunyai maruah yg perlu dihormati....wanita perlu dihormati sbg seorang yg "lemah", byk limitasi, penuh emosi oleh golongan yg lbh "gagah" dan "kuat" daripadanya....lemah tidak seharusnya ditindas,diperalat atau dianiaya....oleh yg demikian, rasa hormat terhadap diri mereka amat diperlukan oleh wanita dlm hidupnya....lelaki yg berjaya menunjukkan rasa hormat kpd wanita mampu mendapat tempat di hati wanita....

5. PENGHARGAAN

penghargaan merupakan suatu elemen yg penting dlm kehidupan wanita....penghargaan membuatkan wanita berasa kehadirannya diiktiraf....penghargaan juga membuatkan wanita menjadi lbh gembira dan bersemangat dlm hidup....tidak semua org mampu menghargai org lain....hanya org yg mempunyai hati yg bersih dan baik budi pekerti berupaya menghargai org lain secara ikhlas....oleh yg demikian, lelaki yg mampu memberi penghargaan kpd wanita disifatkan sbg lelaki yg sporting, understanding dan gentleman....

berdasarkan point2 di atas, fie ase sbnrnya byk lg perkara2 lain yg seorang wanita itu cari dlm hidupnya cume ini adalah sebahagian sahaja....setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2.....bak kata kawan fie, lelaki dan wanita masing2 ada kelebihan dan kekurangan.....tetapi,jika lelaki dan wanita itu bersama,mereka akan jadi sempurna....

sekian sahaja coretan fie tok kali ini.....semoga entry kali ini akan memberi manfaat kpd rakan2 blogger semua dan juga diri ini.....jaga diri baik2 dan selamat pulang kembali ke kampus....i love u all :))

wassalam....











No comments:

Post a Comment